Hadis :
Daripada Ibnu
Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir meriwayatkan
daripada Fudhalah bin ‘Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang
lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai
penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati.
Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah
mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan
suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak
ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah
kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan
seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari
rahmat Allah.”
(al-Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir)
Huraian :