Musim
kawen sudah tiba kerana minggu hadapan mulalah cuti persekolah yang
panjang. Pada pasangan-pasangan pegantin baru eloklah baca N3 ini
sebagai panduan kelak. Nak berkahwin pun kena ada ilmu supaya
perkahwinan nanti akan kekal bahagia ke akhir hayat nanti.
Bersetubuh
adalah hubungan paling erat antara lelaki dan wanita. Sebuah
persetubuhan hanya boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita yang terikat
dalam pernikahan. Jika tidak, maka itu adalah zina.
Dalam
ikatan pernikahan pun, tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai
dengan ajaran agama. Tentu saja anda harus mengetahui bagaimana cara
bersetubuh dalam Islam dan menjalankannya.
Merayu Dan Bercumbu.
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.(Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir).
Telanjang Bulat.
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.(Hadits Riwayat Tabrani).
Menyetubuhi Dubur.
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.(Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah).
DOA SEBELUM BERSETUBUH
"Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa".
Dengan
nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari
gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang
Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata:
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya. (Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a).
Hampir Keluar Mani.
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini:
"Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa'i basyara".
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.
Putus Ditengah Jalan.
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).- Hadits Riwayat Ibnu Addi.
Mendatangi Isteri Melalui Belakang (ISTERI MENUNGGING).
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata:
Apabila
seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka
mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci
demikian:
"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai."- Surah Al Baqarah - ayat 223.
Keterangan:
Suami
diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari
belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).
Bersetubuh Mendapat Pahala.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Para sahabat bertanya,"Dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa?
Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.(Hadits Riwayat Muslim?
Mengulangi Persetubuhan.
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu. ( Hadits Riwayat Baihaqi).
Haid.
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran".
Oleh
kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan
janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.- Surah Al Baqarah - ayat 222.
*Jangan
mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang
kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.
Asalkan Tidak Bersetubuh.
Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:
Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
'Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna.
Sabda Rasullah SAW:
"Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1.
Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang
bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3.
Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan
isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang buta hati dan bakhil tangan.
4.
Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan
anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6.
Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak
manusia.
7.
Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan
anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati
batas.
8.
Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta
pada jalan yang tidak haq.
9.
Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam
tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10.
Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika
allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap
dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1.
Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap
segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika
allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah
syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya
bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di
kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4.
Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia
tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang
faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Kesuburan Wanita.
Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita
Wanita
menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid
pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia
mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.
Tempoh
kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun
iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu
suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan
kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap
wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan
mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali
dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh
sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan
rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa
kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu.
Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya
sama ada normal ataupun tidak.
Terdapat
beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih
atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini
digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan
pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk
mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan
wanita:
Pusingan Haid
Wanita
yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur.
Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari
pertama keluar darah haid.
Satu
pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari
sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka
masa 28 hari hingga 30 hari.
Adalah
penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi
keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan.
Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluara Negara (LPPKN).
Ada
beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa
sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang
berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih
dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur
mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi
lebih kesat dan pekat.
Catatan Suhu Badan
Setiap
wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu
badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu
badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar
ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan
untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.
Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka
suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan
menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila
hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut
selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada
carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari
wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid
yang berikutnya.
Carta
suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia
akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan
bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari
pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2
darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan
sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan
pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan
benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.
Sekian Wasallam.