21 Mei 2015

Hukum isteri tertelan air mani suami yang ramai tidak tahu

Sebelumnya, Mengenai hukum oral seks, ulama ada beberapa pendapat mu’tabar(teranggap/diakui):

1. Haram sepenuhnya

2. Boleh asalkan tidak terkena madzi (madzi hukumnya najis, maka dibersihkan dahulu karena keluar ketika awal bercumbu atau ketika terangsang)
Hukum menelan sperma

Adapun mengenai hukum menelan sperma, maka HARAM
berikut penjalasan ulama:

Imam AN-Nawawi rahimahullah berkata,

هل يحل أكل المني الطاهر؟ فيه وجهان: الصحيح المشهور أنه لا يحل لأنه مستخبث، قال تعالى وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِث [الأعراف:157].

“apakah boleh memakan/menelan mani yang suci? Ada dua pendapat, yang shahih dan terpilih adalah tidak halal karena, hal itu dianggap buruk. Sebagaimana firman Allah,
“Diharamkan bagi kalian, hal-hal yang buruk”

Dalam Fatwa Asy-syabakah Al-Islamiyah,

وأما ابتلاع المرأة لمني زوجها فهو أمر منافٍ للفطرة السليمة والأذواق الرفيعة، وقد ذهبت طائفة من أهل العلم إلى أن المني نجس، وعلى رأيهم فلا يجوز ابتلاعه

“Adapun wanita menelan mani suaminya, maka ini adalah perkara yang bertentangan dengan fitrah yang selamat dan bertentangan dengan adab yang sepantasnya. Sejumlah ulama berpendapat bahwa mani najis (pendapat terkuat adalah tidak najis, pent), maka menurut pendapat mereka tidak boleh menelannya.”


Syaikh Abdurrahman Al-Barrak berkata,

ابتلاع المرأة لمني زوجها حرام وذلك لعدة أمور :

الأول : أن فيه تعرضاً لدخول النجاسة إلى فم المرأة ، ولا يُأمن مع خروج المني أن يخرج شيء من النجاسة ، خصوصاً في أول المني كالمذي والودي النجسين ، أو خروج بعض البول في آخر تدفق المني

الثاني : ولو قيل عند بعض العلماء بأن ” المني طاهر ” إلا أنهم لا يجوزون ابتلاعه استخباثاً واستقذاراً .

الثالث : أن فيه تشبهاً بالكفرة وأهل المجون وأهل الزنا الذين لا همَّ لهم إلا التلذذ بالشهوات ، وموافقة للحيوانات .

Hukum istri Menelan sperma suami haram dengan beberapa alasan:

Pertama: bisa memungkinkan wanita menelan najis, tidak bisa dijamin bahwa ketika mani keluar , tidak keluar juga najis yang lain (seperti madzi dan sisa kencing, pent). Khususnya ketika awal-awal, yaitu madzi dan sisa air kencing pada ujung tetesan.

Kedua: walaupun sebagian ulama mengatakan mani suci, akan tetapi tidak boleh menelannya karena merupakan hal yang dianggap kotor dan buruk.

Ketiga: hal ini “tasyabbuh”, menyerupai orang kafir, orang dungu/pelawak, pelaku zina yang tidak ada keinginan mereka kecuali hanya masalah kelezatan syahwat saja. Ini juga menyerupai hewan.

Pendangan medis menelan sperma

Mengenai menelan sperma maka ada pendapat yang menyatakan bahwa hal ini menyehatkan bagi wanita. Karena sperma mengandung zat-zat penting dan nutrisi bagi kesehatan tubuh. Akan tetapi belum ada penelitian/jurnal ilmiah yang bisa dipertanggungjawabkan (setahu kami) yang menyatakan demikian.

Ada yang mengklaim telah melakukan penelitian bahwa wanita yang menelan sperma bisa menyehatkan. Akan tetapi Ada ahli yang menyatakan bahwa hal tersebut belum bisa dipastikan karena:

-bisa jadi sehat karena timbul perasaan gembira karena bisa memuaskan pasangan

-belum bisa dipastikan apakah zat-zat nutrisi dalam air mani hanya bermanfaat untuk nutrisi sperma saat pembuahan atau nutrisi tubuh secara umum.

Akan tetap lebih baik tidak melakukannya (menelan sperma) hanya untuk mencari gizi atau kandungan zat nutrisinya (jika benar ada nutrisinya dan berguna untuk tubuh) karena masih banyak sumber makanan lain yang jelas-jelas bergizi dan bermanfaat bagi tubuh.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush shalihaat, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam.

7 Tanda nyata perempuan sudah berzina atau disentuh lelaki

Gadis yang masih suci adalah gadis yang menjaga maruahnya dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Sentuh bukanlah bermaksud berpegangan tangan dan sebagainya.Namun apa yang di maksudkan ialah sentuhan intim lelaki sehingga seseorang perempuan itu hilang daranya.So,disini terdapat beberapa tanda yang boleh andakenalpasti samada kekasih anda masih dara ataupun tidak.Untuk yang ingin dijadikan teman hidup,anda seharusnya peka terhadap perkara ini.Berikut merupakan petua dan cara untuk mengenalpasti samada kekasih anda masih suci ataupun tidak.

TANDA SEORANG PEREMPUAN YANG SUDAH DiSENTUH

1. DAHI

Bagi perempuan yang masih dara,kita boleh lihat melalui dahinya.Gadis yang masih suci dahinya licin dan tidak berkedut.Bagi perempuan yang tiada dara,kita boleh lihat perbezaanya.Dahinya berkedut dan mempunyai garis-garis halus.Dahinya tidak licin seperti perempuan yang masih suci.Dahinya kadangkala nampak berkedut walaupun tidak bercakap.Untuk lihat kelainan ini,anda boleh lihat pada orang yang sudah berkahwin dan orang yang tidak berkahwin.Perhatikan betul betul pada bahagian dahinya.

2. HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat.Perhatikan anal perempuan anda yang masih kecil.Lihat hidungnya,masih merah dan tidak pucat.ini merupakan salah satu tanda untuk perempian yang tiada dara.

3.PUNGGUNG

Punggung gadis berubah bentuknya disebabkan oleh dua perkara iaitu kerana proses horman dan disentuh lelaki.Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar terutamanya bagi yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya.

4. LEHER

Untuk perempuan yang masih dara,sudah tentunya leher dan kulitnya masih anjal dan tegang melainkan gadis yang gemuk.Bagi perempuan yang kurus,kesan kedut ataupun kedutan kita bole lihat pada bahagian lehernya.Terdapat garis garis halus kecil di bahagian lehernya,garisnya putus-putus bukanlah panjang.Maksud lainnya gadis yang tiada dara mempunyai garisan halus melintang pada bahagian lehernya.
foto hiasan
5.RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang kemas, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak berghairah.Untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilubang ditengahnya dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya.

6. GARIS TELAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.

7. TUMIT KAKI

Bagi yang tiada dara,kita boleh lihat pada bahagian tumit kakinya.Tumit kakinya kelihatan bulan dihujungnya.Bagi yang dara,tumit kaki hujungnya kelihatan tajam.Perhatikan bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Namun begitu,fakta ini tidaklah sahih 100 %.Ini cuma petua orang-orang dulu.Sekadar perkongsian.

HUKUM MENJILAT KEMALUAN ISTERI YANG RAMAI SUAMI TAK TAHU

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk http://www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.


foto hiasan

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Hukum suami isteri mandi Junub bersama

Bukan hanya boleh, malahan dianjurkan dan dicontohkan oleh Rasulullah shalallaahu alaihi wassalam.

Sahabat Ummi, sesungguhnya Islam mengajarkan segala sesuatu dengan lengkap dan sempurna, tanpa menutup-nutupi kebenaran meski dengan alasan malu. Karena hal ini sangat penting untuk diketahui.

Para pasutri jangan ragu untuk melakukan mandi junub bersama, sebagaimana hadits Rasulullah:

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seorang perempuan mandi dari sisa laki-laki atau seorang laki-laki mandi dari sisa perempuan. Namun hendaklah mereka mandi berbarengan (lewat wadah yang sama).” (HR. Abu Daud no. 81 dan An Nasai no. 239. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih).

Hadits ini memperlihatkan bahwa antara suami istri boleh memandang satu dan lainnya, tidak ada batasan aurat antara keduanya.

Hal ini berbeda dengan pendapat sebagian ulama yang mengatakan bahwa aurat antara suami istri adalah kemaluan, sehingga tidak boleh suami atau istri memandang kemaluan pasangannya. Ini adalah pendapat lemah dan terbantah dengan hadits di atas.


Satu hal lagi, larangan mandi dari sisa istri yang disebutkan dalam hadits di atas adalah larangan ta’dib, bimbingan untuk melakukan yang lebih baik. Jadi bukan maksudnya adalah larangan haram.

Karena dalam hadits lain disebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mandi dari sisa istrinya, seperti dari bekas mandi Maimunah.

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata, “Sebagian istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mandi di satu wadah besar. Lalu datang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau mengambil air dari sisa mandi istrinya, atau beliau berkeinginan untuk mandi. Maka salah satu istrinya berkata, “Wahai Rasulullah, aku tadi junub (dan itu sisa mandiku, pen). Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: Sesungguhnya air itu tidak terpengaruh oleh junub.”

(HR. Abu Daud no. 68, Tirmidzi no. 65, dan Ibnu Majah no. 370. Tirmidzi menshahihkan hadits ini).

Tentu saja, ada hal-hal yang perlu diperhatikan ketika mandi bersama:

1. Tidak diketahui anak

Tentu akan bingung dan panjang dalam menjelaskan pada anak, mengapa orangtuanya mandi bersama.

Jika mandi junub dilakukan ketika anak sudah terlelap atau sedang tidak di rumah, akan lebih baik.

2. Tidak sampai mengganggu orang lain/ tetangga

Mandi bersama hingga riuh di dalam kamar mandi tentu kurang pas dilakukan jika rumah kita berdempetan dengan rumah tetangga.

Sehingga memungkinkan tetangga mengetahui aktivitas mandi bersama yang dilakukan pasutri.

Semoga postingan ini bermanfaat

HUKUM MAIN KUTU DAN CABUTAN GILIRAN

Soalan : Ustaz saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini.

Pekerja office saya ada membuat ”main kutu”. satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulancabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contoh, Mamat bulan jan, Abu bulan feb, Ali bulan mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen ustaz..

Jawapan

Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim ‘kutu’ ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan ‘kutu’ ini adalah harus.

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara ‘in advance’ disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran ‘In advance’ ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan. Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.


Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim ‘kutu’ antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-

Ertinya : “Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak” (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim ‘kutu’ ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah’. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah,dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : “Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya” (‘I’lam al-Muwaqqi’en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

7 Mei 2015

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Osman bin Affan berkata:
Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah  SWT 5 perkara,
1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat  menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah  berkaitan Akhirat  maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..
3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.
4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.
5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang  bercampur dengan dosa.

6 Mei 2015

15 Minit untuk Allah

Susunan Zuarida Mohyin

LELAKI bernama Abdul Sabur Wijnands, 61, ini dilahirkan di Belanda dan ibu bapanya adalah beragama Katolik. Pada masa dahulu orang Belanda Katolik adalah kumpulan yang paling berpengaruh di seluruh dunia apatah lagi jika mereka adalah paderi besar (pope) dan biskop yang mesti dihormati dan dipatuhi.

Lantaran hidup dalam lingkungan yang digelar RIE atau Roman In Everything, Abdul Sabur menerima pendidikan awal di sekolah Katolik. Beliau membesar dan memperoleh perlindungan daripada tiga penjuru iaitu gereja, keluarga dan sekolah dengan agama menjadi keutamaan di dalam kehidupan.

Di Gred 4, ketika usianya 10 tahun, dalam kelas sejarah, Abdul Sabur mula dikenalkan dengan kewujudan khalayak yang bergelar Muslim menerusi kisah Perang Sabil. Sejak itu, dia selalu tertanya-tanya siapa mereka itu?

Sebagai informasi latar belakang, gurunya memberitahu bahawa Muslim sama seperti orang Kristian. Mereka percaya kepada Tuhan Yang Satu yang dipanggil Allah, manakala Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.

Pun begitu, orang Islam turut mempercayai tentang Nabi Isa, cuma mereka tidak mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah anak tuhan tetapi antara nabi yang penting.

Keterangan gurunya itu hakikatnya lebih menimbulkan keraguan dan syak wasangka kepada Abdul Sabur. Antaranya, mengapa perlunya bala tentera dari Eropah Barat untuk menentang orang Islam, waima diketahui bahawa agama itupun datangnya daripada Pencipta yang sama.

Mesej

Malah masing-masing juga saling percaya kepada mesej yang dibawa oleh malaikat Jibrail iaitu tentang Maryam yang menjadi ibu kepada Nabi Isa. Alasan ini bagi Abdul Sabur memang tidak masuk akal.

Abdul Sabur benar-benar keliru dan tidak faham dengan kenyataan bahawa orang Islam itu sendiri menghormati Nabi Isa sebagai salah seorang nabi.

Dia hanya mampu tergelak sendirian dan pada usia semuda itu, Abdul Sabur sudah mula membayangkan kebimbangan jika cerita sebegini tidak dibendung kerana ia boleh membawa kepada kecelaruan di kalangan si cilik Kristian.

Suasana pengamalan agama Kristian berjalan seperti biasa sehinggalah pada 1962 sehingga 1965 di mana persidangan majlis Vatican kali kedua bersidang yang dihadiri ahli berpengaruh gereja dari seluruh dunia.

Lantas bagi memastikan kelancaran perkhidmatannya, penggunaan budaya Latin telah dimansuhkan dan ia disampaikan mengikut budaya negara masing-masing.

Di sebahagian negara kebiasaan seperti melutut sudah tidak diamalkan lagi. Lama-kelamaan ia sudah tidak dipraktiskan lagi. Hal ini menyebabkan, kehadiran penganut ke gereja semakin terjejas dan natijahnya, gereja-gereja kian sepi.

Tambah memburukkan situasi apabila dilanda ‘revolusi 60-an’ di mana orang sudah mula tidak ada kepercayaan, termasuklah Abdul Sabur. Beliau melihat agama sebagai satu yang ketinggalan zaman. Hal itu berlanjutan selama kira-kira 30 tahun.

“Apabila terserempak dengan program televisyen mengenai agama, dengan pantas saya akan mengubah ke siaran lain. Namun, sebaik melihat suasana umat Islam menunaikan haji di Kota Mekah, saya dapati ia sangat cantik. Diserikan lagi dengan percikan lampu yang sungguh menakjubkan.

Kiblat Umat Islam

“Hati saya semakin terharu bila melihat ribuan umat Islam yang rukuk dan sujud pada masa yang sama, ke arah yang sama iaitu kiblat umat Islam, Kaabah. Gambaran itu, benar-benar menyentuh dan mengetuk hati nurani saya ini. Bagaimana mungkin?,” perkataan itulah yang secara tiba-tiba terpacul daripada mulut Abdul Sabur.

Sewaktu berjalan-jalan di Kalverstraat di Amsterdam, dia melepasi sebuah gereja Katolik yang diberi nama The Papagaai (‘The Parrot’). Di pintu utamanya terpampang perkataan tertulis, ’15 minit untuk Tuhan’ manakala di barisan keduanya tertulis, ‘untuk tujuan itu, gereja ini dibuka setiap hari.’

Perkataan ini menambat saya kembali semula kepada penghayatan hidup beragama atau mempunyai semula kepercayaan. Setelah sekian lama, Abdul Sabur mula mengunjungi gereja, apatah lagi setelah menemui gereja yang dikelola secara tradisi zaman kanak-kanaknya itu. Suasana ini mengembalikan semula memori dahulu.

Pada masa sama, kehadiran pendatang dari Maghribi dan Turki telah membawa sekali agama Islam ke Belanda. Bermulalah episod baru kerana telah ada wanita bertudung, pembinaan masjid malah ada juga wanita Belanda yang memeluk agama Islam. Menurut mereka, Islam bukanlah agama yang menindas wanita tetapi sebenarnya ia memberi wanita rasa kebebasan dan Abdul Sabur mempercayainya.

Pada awal tahun 2004, ketika dia mengembara ke Amsterdam menaiki kereta api dan di dalam gerabak yang sama terdapat beberapa kumpulan gadis sekolah menengah sedang rancak berbual.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka keluar dan dia terkejut rupa-rupanya salah seorang gadis itu adalah orang Maghribi yang memakai tudung. Begitu juga dengan teman-temannya yang lain.

Abdul Sabur mula tersedar bahawa kini orang Maghribi telah beberapa generasi berada di Belanda, berkongsi idea, cita-cita dan membina masa depan seiring dengan gadis-gadis Belanda yang mewarisinya daripada nenek moyang mereka.

“Mulai saat itu, Islam semakin menarik perhatian saya. Malah insiden 11 September menjadi titik perubahan kerana apa yang dilaporkan oleh pihak media seperti berat sebelah dan terlalu memburukkan serta sesuka meletakkan imej negatif terhadap agama Islam.

“Oleh kerana sudah tidak tahan dengan cara persembahan berita yang berat sebelah itu maka saya cuba mencari sumber maklumat lain. Saya cuba layari Internet dan laman web pertama yang ditemui iaitu ‘moslima’ (Wanita Muslim).

Memeluk Islam

Dari situ, katanya, barulah dia mengetahui mengapa wanita Islam memakai tudung, sebab apa mereka memilih agama Islam dan kemudian memeluk Islam, bagaimana mereka melaksanakan amalan agama Islam.

“Semakin saya mengikuti cerita dan bahan-bahan dari laman tersebut, hati saya semakin mengagumi dan menghormati Islam,” kata Abdul Sabur yang mula menjadi teman setia laman web tersebut.

Beliau juga pernah menghantar respons kepada kenalan di laman itu dan apabila mereka membahasakan dirinya seorang bukan Islam (non Muslim), Abdul Sabur menjadi keliru.

Pada masa sama, dia masih berkunjung ke gereja tapi rutin kedatangannya kali ini agak terganggu dengan lagu-lagu yang didendangkan kerana ada seperti yang tidak kena. Berbeza dengan surah Nisaa’ ayat 171 mengenai pandangan al-Quran tentang Nabi Isa. Ia begitu jelas dan tiada niat berselindung.

Tidak semena-mena, seperti ada ketenangan menyusup dalam dirinya. Kata-kata seorang wanita yang dikenali menerusi laman sembang di Internet kembali menerjah di mana katanya, Allah akan memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

“Barulah saya tahu Islam itu adalah satu cara hidup dan saya benar-benar berhasrat menjadikan ia sebagai cara hidup saya. Perkara pertama yang saya lakukan ialah berhenti mengambil minuman beralkohol.

“Bermula dengan mengurangkan jumlah pengambilan. Diikuti pula dengan tidak lagi menyentuh daging babi. Untuk serta merta berhenti, adalah amat sukar kerana saya memang meminatinya.

“Pun begitu sebuah hadis yang berbunyi, “Apabila ada berniat melakukan kejahatan tetapi anda memilih untuk menolaknya hanya kerana Allah. Ini bermakna anda telah melakukan kebaikan”, telah menyelamatkan saya sehingga ke hari ini. Perlahan-lahan saya mula mengubah kepada hanya mengambil makanan yang halal sahaja.

“Langkah seterusnya ialah belajar mendirikan solat. Dengan menggunakan kemajuan teknologi, akhirnya saya dapat memenuhi sama ada pergerakan, kefasihan membaca surah dan bacaan dalam solat,” akui Abdul Sabur.

Tidak lama selepas itu, Abdul Sabur turut berhadapan dengan beberapa masalah di tempat kerja dan juga kehidupan peribadinya. Masalah demi masalah ini, akui Abdul Sabur sedikit sebanyak telah menjejaskan keimanannya.

Dia mula mempersoalkan keyakinan diri kepada agama Islam. Tambah buruk apabila berlaku insiden berdarah yang dilakukan oleh mereka yang mengakui Islam dan semua itu demi Islam. Sedangkan, Islam menentang berbunuh- bunuhan, balas dendam dan banyak lagi.

Rupa-rupanya, semua itu berpunca kerana sikapnya yang terlalu terburu-buru bergelar dan mempraktikkan cara hidup Muslim.

Masakan dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, dia boleh dengan sekelip mata bertukar dari Kristian kepada Muslim. Yang mampu mendirikan solat lima kali sehari, berpuasa dan banyak lagi.

Seharusnya semua itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Akhirnya, sebaik selesai mendirikan solat Maghrib, Abdul Sabur melafazkan syahadah dengan Allah SWT sebagai saksinya.