Memaparkan catatan dengan label KUASA ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUASA ALLAH SWT. Papar semua catatan

14 Januari 2015

MASJID DI KUANTAN PAHANG INI TIDAK DITENGGELAMI BANJIR - SubhanAllah

 Walaupun seluruh kawasan di sekitar Kampung Sungai Isap Kuantan ini di tenggelami air banjir, namun sekitar kawasan Masjid Kampung tersebut tidak di tenggelami air, itu lah keajaiban kuasa Allah melindungi tempat suci umat islam.

Jika semalam Masjid Masjid Al-fatah Batu 3 Jalan Gambang yang di tenggelami air, namun hanya air jernih sahaja yang memenuhi ruang solat masjid itu.

Kini Masjid Sungai Isap pula di lindunggi Maha suci pencinta seluruh alam melindunggi kebesaran dari segala musibah yang berlaku , kawasan segi empat yang menempatkan Masjid ini tidak sedikit pun terjejas dan tenggelam sedangkan di persekitarannya rumah, pejabat sudah di tenggelami Air.



Allahuakhbar!!! Namun begitu hasil daripada kajian tao selidik... kejadian dalam gambar ini adalah banjir tahun lepas.. tapi tak pasti la kalau tahun ini pun terjadi sebegini Wallahu a’lam. Masjid ini jugalah dulu kejadian dimana air lumpur bertukar jernih apabila masuk dalam Masjid.

GURUN PASIR INI BOLEH BERGERAK MENELAN HUTAN - SubhanAllah !

Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.


Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.JOM KITA "SHARE"