Niagara terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah tersohor di kalangan pelancong kerana kemegahan air terjunnya. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya kelihatan seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa boleh dijumpai di dalam gua.
Meskipun telah membeku, namun air sungai Niagara tetap mengalir sehingga menjadi tirai ais. Beberapa orang penduduk yang kuat melawan hawa dingin kelihatan berjalan-jalan di sekitar Niagara untuk menyaksikan pemandangan tak lazim tersebut.