Sepuluh buah kapalterbang tanpa pemandu ( Kawalan jauh ) baru buatan Israel (UAVs) akan mulai digunakan di Afghanistan bulan ini, sebelum ini Industri Aerospace Israel (IAI) sudah menghantar pesawat tanpa pemandu jenis Heron kepada Pasukan Kerajaan Australia hari Kamis yang lepas.
Dibawah kontrak bernilai 91 juta dolar, tentera Australia akan menerima 10 pesawat Heron. Perusahaan Israel tersebut sebelum ini sudah bekerjasama dengan tentera Kanada di Afghanistan untuk maintenan peralatan udaranya.
Pesawat Heron Israel ini menyerupai dengan Drone keluaran Amerika yang sering membunuh penduduk awam di Pakistan, kalalterbang berkenaan juga akan diguna oleh tentera Jerman. Pemerintah Brazil juga mengumumkan bahawa telah menyediakan dana 350 juta dolar untuk membeli pesawat tanpa pemandu Heron untuk operasi udara di bandar-bandar disempadan negaranya. Pesawat ini juga akan digunakan sebagai kewalan udara pada masa sukan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016.
Tentera Australia memilih pesawat Heron Israel ini sebagai pilihan setelah terbukti pesawat ini baik dalam ujian intelejen, pengawasan dan kemampuan pengintipan. Dibawah perjanjian Israel dan Australia, pesawat jenis Heron ini akan mulai beroperasi pada awal 2010 untuk satu tahun pertama dan keputusan penambahan seterusnya dalam masa dua tahun akan datang.
Tentera Australia berharap, dengan penggunaan Heron ini akan dapat meningkatkan kemapuan operasi tentera Australia di Afghanistan. Pesawat Heron ini termasuk jenis pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance, yang dapat terbang selama 30 jam dengan ketinggian 30,000 kaki dan mampu membawa beban seberat 250 kg.
Sayapnya selebar 16,6 meter, saat take off ia mempunyai berat 1,200 kg, dapat dikendalikan secara otomatik dari jarak ratusan kilometer. Pesawat ini sudah direkabentuk khusus untuk terbang di iklim dan keadaan di Afghanistan.