4 Alasan Kenapa Wanita Dedahkan Aurat
Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam tidak memakai tudung. Inimerupakan 4 alasan utama mereka dan jawapan kepada alasan mereka.
Alasan 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidakmelakukan perkara tak senonoh?
“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjagatingkah laku”
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, imanyang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlumenutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelakiajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggianda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidakmembangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi,perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlahsemata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri,tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada disekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanitasendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapankhalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapijuga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Alasan 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakansaya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan merekalebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorangkakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpatsini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yangsedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakahanda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutupaurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu,sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan dirikita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknikSyaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan dirikepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulisdirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagaldalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitusesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baikdarinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan merekamelihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allahatas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
Alasan 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana sayasendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukankerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanitamuslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang ituikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbitdari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat,puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama adaseseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlasdijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktukerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separaikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namuntanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksanasecara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALIiaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindardari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namunjika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAKMAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA disisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya,dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabiladosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkitkepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahramyang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak matalelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at leastdia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Alasan 4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bilatiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tibatetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah sayabersedia”
Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar dirumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematianakan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masihpanjang beberapa minggu lagi.
::SHARE TO OTHERS::