7 Mei 2015

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Osman bin Affan berkata:
Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah  SWT 5 perkara,
1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat  menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah  berkaitan Akhirat  maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..
3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.
4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.
5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang  bercampur dengan dosa.