5 Mei 2015

10 Buah Kapalterbang Kawalan Jauh Buatan Israeil Digunakan Untuk Menembak Umat Islam

Sepuluh buah kapalterbang tanpa pemandu ( Kawalan jauh ) baru buatan Israel  (UAVs) akan mulai digunakan  di Afghanistan bulan  ini, sebelum ini  Industri Aerospace Israel (IAI) sudah menghantar  pesawat tanpa pemandu jenis Heron kepada Pasukan Kerajaan Australia hari Kamis yang lepas.

Dibawah kontrak bernilai 91 juta dolar, tentera  Australia akan menerima 10 pesawat Heron. Perusahaan   Israel tersebut sebelum ini  sudah bekerjasama dengan tentera Kanada di Afghanistan untuk maintenan  peralatan udaranya.

Pesawat Heron Israel ini menyerupai  dengan Drone keluaran  Amerika yang sering membunuh penduduk awam di Pakistan, kalalterbang berkenaan  juga akan diguna oleh tentera Jerman. Pemerintah Brazil juga mengumumkan bahawa telah menyediakan dana 350 juta dolar untuk membeli pesawat tanpa pemandu Heron untuk operasi udara di bandar-bandar disempadan negaranya. Pesawat ini juga akan digunakan sebagai kewalan udara pada masa sukan  Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016.

Tentera Australia memilih pesawat Heron Israel ini sebagai pilihan  setelah terbukti pesawat ini baik  dalam  ujian intelejen, pengawasan dan kemampuan pengintipan. Dibawah perjanjian Israel dan Australia, pesawat jenis Heron ini akan mulai beroperasi pada awal 2010 untuk satu tahun pertama dan keputusan penambahan seterusnya  dalam masa dua tahun akan datang.

Tentera  Australia berharap, dengan penggunaan Heron ini akan dapat meningkatkan kemapuan operasi  tentera  Australia di Afghanistan. Pesawat Heron ini termasuk jenis pesawat tanpa  pemandu  Medium Altitude Long Endurance, yang dapat terbang selama 30 jam dengan ketinggian 30,000 kaki dan mampu membawa beban seberat 250 kg.

Sayapnya  selebar 16,6 meter, saat take off ia mempunyai berat 1,200 kg, dapat dikendalikan secara otomatik dari jarak ratusan kilometer. Pesawat ini sudah direkabentuk  khusus untuk terbang di iklim dan keadaan di  Afghanistan.